Header Ads

test

KOMUNITI KAMPUNG TEROI BUKIT USAHAKAN TANAMAN VANILA PERTAMA DI KEDAH


GUAR CHEMPEDAK - Komuniti Kampung Teroi Bukit yang diketuai oleh Saudara Zamri berjaya mengusahakan tanaman vanila yang pertama di negeri Kedah.
Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani berkata, kerajaan negeri akan jadikan tempat ini sebagai kawasan agro pelancongan kerana lokasinya juga berdekatan dengan kaki Gunung Jerai yang menjadi tarikan pelancong.
“Kita berharap ramai lagi masyarakat di negeri Kedah usahakan tanaman vanila dan pelbagai tanaman lain untuk menarik pelancong ke kampung masing-masing.
“Inilah yang disarankan diperingkat kerajaan negeri untuk memastikan kampung-kampung dapat berdikari dan menjadikan kampung masing-masing sebagai tarikan pelancong," ujarnya dalam Lawatan Ke Komuniti Desa Teroi Bukit Dan Projek Agro Pelancongan Pertaniana Daerah Yan.
Jelasnya lagi, Zamri turut menerima bantuan modal daripada kerajaan persekutuan berjumlah RM100 ribu untuk mengusahakan tanaman vanila ini.
Beliau menyeru kepada para pelancong untuk singgah ke Ladang Vanila Teroi Bukit yang pertama di negeri Kedah.

Tiada ulasan