KAMPUNG TEROI BUKIT PEMENANG PERTANDINGAN KAMPUNGKU SEJAHTERA
GUAR CHEMPEDAK - Kampung Teroi Bukit selayaknya dinobatkan sebagai Johan Pertandingan KampungKu Sejahtera peringkat negeri Kedah kerana komitmen komuniti dalam membangunkan kampung mereka.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali, komuniti Kampung Teroi Bukit telah menjalankan pelbagai projek pertanian antaranya penanaman cili, timun, jagung, buah naga dan yang terbaru penanaman vanila.
Tambahnya lagi, di kampung itu juga mempunyai usahawan madu kelulut yang dapat membantu menambah pendapatan hasil kepada penduduk setempat.
“Tahniah kepada pihak MKK yang telah berusaha bertungkus lumus untuk memastikan mereka menang dalam pertandingan Kampungku Sejahtera.
“Semoga kampung ini dapat mengekalkan prestasi dan menarik lebih ramai para pelancong domestik untuk hadir ke kampung ini,” ujarnya dalam Lawatan Ke Komuniti Desa Teroi Bukit Dan Projek Agro Pelancongan Pertaniana Daerah Yan.
Jelasnya lagi, beberapa pakej turut disediakan oleh Pejabat Daerah Yan khusus buat para pelancong dari dalam negara atau luar negara yang melancong ke daerah Yan.
Post a Comment