Lawatan ke Komuniti Desa Teroi Bukit dan Projek Agro Pelancongan Pertanian Daerah Yan, Kedah Darul Aman oleh Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Perladangan dan Pengangkutan, YB Haji Dzowahir Haji Ab Ghani serta Pengerusi Jawatankuasa Luar Bandar, Kemiskinan dan Pembangunan Insan, YB Dato' Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali pagi tadi.
Ini merupakan salah satu usaha memperkasakan pembangunan luar bandar serta sektor agro pelancongan di negeri Kedah.
Salah satu yang menarik dalam lawatan ini adalah projek penanaman pokok vanila pertama di Kedah.
Industri vanila ini mampu menjana sumber pendapatan baharu kepada komuniti serta membuka peluang perniagaan dalam bidang agro pelancongan.
Hadir sama ADUN Guar Chempedak, YB Abdul Ghafar Saad, Pegawai Tanah dan Daerah Yan, Hajjah Maznim Ismail, Timbalan Pengarah Pertanian Negeri Kedah (Pengembangan), Encik Rozaidi Abdul Rahman.
Post a Comment