Header Ads

test

MADAD BERJAYA MENJADI INSTITUSI PEMBANGUNAN DAN PENDIDIKAN UMMAH


 

SUNGAI PETANI - MADAD berkembang menjadi salah satu institusi pembangunan dan pendidikan ummah yang cukup disegani di Malaysia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menegaskan bahawa kerajaan negeri Kedah sentiasa menyokong usaha-usaha murni dilakukan oleh MADAD.
Katanya, MADAD bukan sahaja memainkan peranan dalam aspek dakwah dan pendidikan, tetapi juga berpotensi besar dalam sektor keusahawanan dan pelancongan Islam.
"Saya berdiri di sini dengan perasaan yang teruja, kagum dan bangga terhadap pencapaian luar biasa MADAD atau Murtadha Dakwah Centre.
"Kejayaan ini tentulah bukan sesuatu yang mudah dicapai, sebaliknya perlu digerakkan oleh kesungguhan, komitmen serta niat yang tulus ikhlas untuk melihat masyarakat kita berkembang dengan ilmu dan iman."
Beliau berkata demikian ketika merasmikan majlis penutupan MADAD Festival 2025.
Menurutnya, penganjuran MADAD Festival bukan sekadar sebuah acara perniagaan yang biasa-biasa, tetapi ia adalah satu platform yang cukup bermakna dalam membantu peniaga-peniaga dari kalangan industri kecil sederhana (IKS) dari segi pemasaran dan penjualan.
Jelas beliau lagi, lebih menarik apabila MADAD berjaya menjadikan perniagaan sebagai instrumen dakwah melalui penganjuran festival ini.
"Saya amat berharap agar MADAD terus berkembang maju dan menjadi pusat rujukan dan destinasi kunjungan bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat antarabangsa.
"Mari kita bersama-sama berusaha membangunkan ummah dengan segala upaya melalui langkah memanfaatkan setiap jalur dan cabang kehidupan baik pendidikan, kebudayaan, kemasyarakatan, keusahawanan dan apa sahaja yang mungkin selagi ianya selari dengan syariat Islam," katanya lagi.

Tiada ulasan