Header Ads

test

 


Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir menyempurnakan Majlis Penyerahan Projek Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Kulim.
Dengan kos peruntukan pembaikan sebanyak RM19.3 juta, kini pembinaan tersebut berjaya disiapkan.


Justeru itu, dengan siapnya pembinaan ini, ia dapat memberikan keselesaan serta kemudahan yang mampu menempatkan sekitar 280 orang pelajar.
Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah; Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato’ Ustazah Hajah Siti Ashah Haji Ghazali; Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria; Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din; Pegawai Kewangan Negeri Kedah, Dato’ Wira Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Dato’ Elmi Yusoff; Pegawai Daerah Kulim, Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli.

Tiada ulasan