Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria merasmikan Program Air & Alam Sekitar (EQ-STEM) yang berlangsung di Dewan Istiqlal, Masjid Pulau Kijang.
Program ini merupakan hasil kerjasama antara Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Kuala Nerang dan Fazkuru Solution.
Sebagai tanda penghargaan, para pelajar yang menyertai program ini turut menerima sumbangan kupon baju sekolah.
Langkah ini diharapkan dapat meringankan beban keluarga pelajar serta menyemarakkan lagi semangat mereka dalam menimba ilmu.
Semoga dengan adanya program ini, diharapkan dapat memberi impak positif kepada peserta serta masyarakat setempat dalam usaha menjaga alam sekitar dan memanfaatkan sumber air secara lestari.
Post a Comment