Header Ads

test


Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin menghadiri Sesi Townhall Pemilik Chalet dan Homestay Daerah Yan di D'Yan Chalet Titi Hayun, Yan.
Sesi townhall ini bertujuan mencari titik kebersamaan antara kerajaan negeri dan pengusaha chalet dan homestay di Yan.
Pelbagai cadangan dan pandangan dilontarkan bagi merealisasikan hasrat kerajaan negeri merancakkan sektor pelancongan di Daerah Yan sempena Tahun Melawat Kedah 2025.
Pegawai Daerah Yan/ YDP Majlis Daerah Yan, Hajah Maznim Ismail turut berkongsi tatacara dan kepentingan pengusaha mendaftar lesen, permit dalam perniagaan untuk kemudahan.
Motac Kedah turut menyampaikan taklimat Premis Penginapan Pelancongan (PPP) untuk dikongsi dengan tetamu yang hadir.
Hadir bersama ADUN Guar Cempedak, YB Tuan Abdul Ghafar Saad; Pegawai Daerah Yan, Hajah Maznim Ismail ;Penolong Pengarah Bahagian Perancang Ekonomi Negeri, Juwaidi Mahmood ; Pegawai Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Negeri Kedah, Shafina Adnan; dan Pengerusi Persatuan Pengusaha Chalet Daerah Yan, Abdul Rahman Ahmad.

Tiada ulasan