Header Ads

test

Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengadakan lawatan kerja ke Pejabat Agama Daerah Pokok Sena.
Terima kasih diucapkan buat Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam, Ustaz Mohd Farahi Mohd Jamil; Pembantu Hal Ehwal Islam, Zuki Abd Ghani serta seluruh pegawai Pejabat Agama Daerah Pokok Sena yang sudi meluangkan masa menerima kunjungan.
Lawatan itu memberi ruang untuk beliau mendengar secara langsung beberapa permasalahan serta cabaran dalam pengurusan Pejabat Agama Daerah.
Dalam masa yang sama, beliau turut menyampaikan hasrat dan dasar kerajaan negeri Kedah melalui portfolio Pendidikan dan Agama, agar peranan Pejabat Agama terus diperkasakan dalam membimbing serta memberi manfaat kepada masyarakat.
Semoga dengan usaha dan kesungguhan semua pihak, Pejabat Agama Daerah dapat terus berperanan dengan cemerlang dalam menyampaikan dakwah, mengukuhkan pentadbiran Islam, serta memberikan khidmat terbaik kepada ummah.

Tiada ulasan