MESYUARAT JAWATANKUASA TETAP PEMBANGUNAN USAHAWAN NEGERI KEDAH BIL 1/2025
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan Negeri Kedah Bil 1/2025 di Wisma Darul Aman.
Pelbagai pelan dan gerak kerja berkaitan aspek keusahawanan dibincangkan bersama agensi terlibat agar dapat memperkasakan ekosistem usahawan di negeri Kedah.
Turut hadir bersama ADUN Guar Cempedak, YB Encik Abdul Ghafar Saad; ADUN Pedu, YB Mohd Radhi Md Amin; Ketua-ketua Jabatan Agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan; Majlis Belia Negeri Kedah; Dewan Perniagaan Melayu Malaysia; Persatuan Penjaja Dan Peniaga Kecil Negeri Kedah dan Dewan Perniagaan Cina Malaysia Kedah.
Post a Comment