Header Ads

test

Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat mengadakan lawatan kerja pembinaan semula Bangunan Asrama 4 tingkat Institut Al-Quran Darul Aman (IQDAR) yang berjalan lancar dan hampir siap.
Dengan kapasiti menempatkan 300 pelajar, asrama ini bakal menjadi pusat penginapan yang lebih selesa dan kondusif bagi para huffaz serta penuntut ilmu Al-Quran.
Lawatan ini turut diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Islam Negeri Kedah, Abdul Halim Hassan dan Timbalan Pengarah Institut Al-Quran Darul Aman IQDAR, Ustaz Abdul Malik Che Hat.
Semoga asrama ini menjadi medan lahirnya lebih ramai generasi celik Al-Quran yang bukan sahaja mahir dalam hafazan, tetapi juga memiliki kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap ilmu-ilmu Islam.

Tiada ulasan