Perjumpaan bersama penduduk Taman Sri Utama
ADUN Jitra, YB Dr Haim Hilman Abdullah mengadakan perjumpaan bersama penduduk Taman Sri Utama, Jitra bagi membincangkan isu pasca banjir, memandangkan kawasan ini merupakan antara yang teruk terjejas.
Turut hadir dalam sesi ini adalah wakil daripada JPS, MADA, JKR, penghulu, majlis daerah, KRT Taman Sri Utama serta agensi-agensi lain.
Alhamdulillah, hasil daripada perbincangan, JPS, MADA dan agensi-agensi berkaitan telah bersetuju untuk mempercepatkan proses pembersihan dan penyelenggaraan bagi memastikan langkah penyelesaian dapat dilaksanakan segera.
Post a Comment