PESAKIT TERLANTAR DAERAH KUALA MUDA TERIMA BANTUAN BSPT
KUALA MUDA - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan negeri Kedah, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad menyantuni enam pesakit terlantar dalam daerah Kuala Muda bagi menyerahkan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT).
Seterusnya tiga pesakit dari DUN Sidam adalah Ibrahim L.Saman, 68 menghidap penyakit strok; Khadijah Shafie, 89 mengalami strok sebelah kanan badan serta sakit tua dan Norseha Ishak,49 penghidap kanser paru-paru tahap 4.
"Harini kami sempat menziarahi enam pesakit terlantar dan 4 daripadanya merupakan pencarum PERKESO.
"Pihak Lembaga Zakat Negeri Kedah juga menyumbangkan RM500 sebulan kepada mereka yang layak.
"Saya berterima kasih kepada agensi-agensi yang hadir pada hari ini membantu mereka yang terkesan.
"Marilah bersama-sama menjaga kesihatan dan bagi yang diuji kesihatan semoga redha dengan ketentuan ilahi," ujarnya.
Turut hadir wakil Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Dato' Zuhairi; Lembaga Zakat Negeri Kedah Kawasan Kuala Muda, Tuan Syeikh Hamdi; wakil Baitumal Kedah, Syeikh Ahmad Zaki; Pegawai PERKESO; Penyelaras DUN Sidam dan pegawai DUN Bukit Selambau.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment