Header Ads

test

PROGRAM "BACK TO SCHOOL" DUN GUAR CHEMPEDAK

Seramai 100 pelajar asnaf di DUN Guar Chempedak menerima sumbangan baucar kelengkapan sekolah menerusi peruntukan Wakalah Agihan Zakat Kumpulan PKNK.

Program ini berlangsung dengan penuh keceriaan di Dewan Besar Masjid Al Wustha, Guar Chempedak.
Kelainan program kali ini ialah baucar boleh ditebus di Pasaraya Ten Ten, membolehkan pelajar memilih pakaian mengikut saiz masing-masing.
Inisiatif ini, hasil kerjasama PKNK, PKNK Hotels Sdn. Bhd., dan DUN Guar Chempedak, bertujuan meringankan beban ibu bapa dalam persiapan sekolah anak-anak.
Majlis ini turut dihadiri oleh ADUN Guar Chempedak, YB Abdul Ghafar Saad, Pengurus Kanan PKNK, Mohd Johar Jahaya dan Pengurus Besar PKNK Hotels Sdn. Bhd, Salim Sulaiman.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

 

Tiada ulasan