PROGRAM ‘BACK TO SCHOOL’ WAKALAH AGIHAN ZAKAT PKNK DUN BUKIT SELAMBAU
Pada 9 Februari 2025, Program Back To School (BTS) DUN Bukit Selambau telah diadakan di Pejabat PKWR Bukit Selambau, Ambangan Height, Kedah.
Seramai 150 pelajar sekolah rendah dan menengah menerima sumbangan pakaian serta beg sekolah melalui program ini, hasil kerjasama antara Wakalah Agihan Zakat PKNK, Puspanita PKNK, dan PKWR DUN Bukit Selambau.
Program ini bertujuan meringankan beban kewangan ibu bapa, khususnya golongan asnaf, B40, dan ibu tunggal dalam membuat persiapan persekolahan anak-anak mereka.
Sumbangan telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Dato' Wira Haji Isahak bin Murad, bersama Pengerusi Puspanita PKNK, Datin Wira Noor Afza binti Osman, serta ADUN Bukit Selambau, YB Ustaza Azizan Hamzah dan Ahli Parlimena Merbok, YB Mohd Nazri Abu Hassan.
Turut hadir pegawai-pegawai dari PKWR DUN Bukit Selambau.
Diharapkan sumbangan ini dapat menceriakan para pelajar dan membantu mereka memulakan sesi persekolahan tahun 2025 dengan lebih bersemangat.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Post a Comment