PROGRAM BERSAMA PEMBAYAR ZAKAT: AGIHAN SKIM BINA RUMAH LZNK DAERAH KUALA MUDA
ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Haji Ghazali bersama pasukan Pejabat Zakat Daerah Kuala Muda (PZDKM) yang diketuai oleh Ustaz Tuan Haji Hamidi dan dibantu beberapa penolong amil kariah telah menghadiri Majlis Penyerahan Agihan Skim Bina Rumah LZNK.
Program ini berlangsung di tiga lokasi utama, iaitu Kampung Simpang Tiga Pasir, Kampung Pengkalan Bujang, dan Kampung Sungai Gelam.
Antara yang hadir ialah wakil kakitangan Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, serta pasangan suami isteri pemilik restoran terkenal di kawasan tersebut.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan program ini.
Semoga para muzakki terus diberkati dengan rezeki yang melimpah ruah agar dapat terus membantu golongan mustahik di Negeri Kedah.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment