Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Bandar Baharu menyampaikan seunit katil hospital wakaf kepada Puan Siti Aishah Jaafar, 85, di Kampung Sungai Kasai, Serdang, Kedah.
Sumbangan ini bertujuan untuk memudahkan ahli keluarga dalam menguruskan keperluan beliau yang mengalami lumpuh dan sakit tua.
Selain itu, pihak PKWR turut menyampaikan satu set Bakul Makanan kepada keluarga pesakit sebagai tanda simpati dan sokongan moral.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment