SURAU WAKAF AHMAD DAWJEE DADABHOY SANTUNI MANGSA BANJIR DUN BELANTEK
Alhamdulillah, Surau Wakaf Ahmad Dawjee Dadabhoy, Menara Bank Islam, Kuala Lumpur, hadir menyantuni mangsa banjir di Dun Belantek dengan menghulurkan sumbangan kepada mereka yang terkesan.
Penduduk yang menerima sumbangan, termasuk masyarakat Melayu dan Siam, berkumpul di perkarangan Masjid Al-Abror, Kampung Danglau bagi menerima bantuan tersebut.
Mewakili penduduk, ADUN Belantek, YB Haji Ahmad Sulaiman, merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada pihak Surau atas keprihatinan serta kesudian menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment