Header Ads

test


 

ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab, telah merasmikan majlis penyerahan sumbangan Back To School 2025 yang berlangsung di Kafe Santai, Sungai Derga.
Majlis ini turut diserikan dengan kehadiran wakil dari Syarikat KOTRAN, PKNK, serta Encik Amir Ishak yang mewakili Ahli Parlimen Pokok Sena.
Seramai 172 penerima hadir untuk menerima sumbangan yang diharapkan dapat membantu meringankan persiapan persekolahan mereka.
YB Amri merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada PKNK dan PUSPANITA atas sumbangan Wakalah PKNK, serta kepada Puan MazDara JUe yang menyediakan tempat bagi menjayakan majlis ini.
Tidak lupa juga kepada semua petugas yang terlibat dalam memastikan kelancaran program ini.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan