TINGKATKAN KESEDARAN HAK WANITA
KULIM- Kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO) perlu meningkatkan program kesedaran dan pendidikan tentang hak-hak wanita serta penguatkuasaan undang-undang yang lebih tegas juga diperlukan untuk memastikan hak wanita benar-benar dilindungi.
“Saya mengharapkan dengan diadakan konvensyen pada hari ini, akan memberikan sedikit pengetahuan dan kesedaran kepada kita semua berkenaan hak-hak wanita mengikut undang-undang di negara kita,” ujarnya.
Beliau berkata demikian ketika merasmikan Konvensyen Wanita dan Undang-Undang Peringkat Negeri Kedah 2025 di Dewan Bandaran Kulim, hari ini.
Katanya di Malaysia, hak-hak wanita dilindungi dan dijamin oleh undang-undang untuk memastikan kesaksamaan gender dan keadilan sosial serta perundangan telah berkembang seiring dengan kesedaran tentang kepentingan melindungi hak-hak wanita dalam pelbagai aspek kehidupan.
Jelasnya lagi, wanita dilindungi oleh pelbagai undang-undang yang menjamin hak dalam pelbagai aspek kehidupan namun, usaha berterusan diperlukan untuk memastikan bahawa undang-undang ini dilaksanakan dengan berkesan dan bahawa wanita dapat hak sepenuhnya.
Tambah beliau, undang-undang keluarga Islam juga melindungi hak-hak wanita iaitu memberikan hak kepada wanita dalam perkahwinan, perceraian, dan penjagaan anak.
“Dengan kesedaran yang lebih tinggi dan sokongan daripada semua pihak, Malaysia dapat terus maju ke arah masyarakat yang lebih adil dan saksama untuk semua,” katanya.
Post a Comment