FIRST GRADE RESOURCES CONTOH TERBAIK SYARIKAT PENGELUARAN – MB KEDAH
KULIM – Keupayaan syarikat First Grade Resources memiliki sebuah kilang baharu kini mencatatkan satu sejarah besar dalam bidang keusahawanan di Kedah.
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, pencapaian memiliki sebuah kilang baru dalam tempoh 16 tahun merupakan suatu pencapaian yang patut dibanggakan.
“Adalah diharapkan operasi di kilang baru yang lebih luas, canggih dan selesa ini akan meningkatkan kecekapan operasi dan produktiviti syarikat, mengeluarkan lebih banyak produk dengan kualiti yang dipertingkatkan serta membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada penduduk daerah Kulim,” katanya.
Tambahnya, kerja keras dan strategi syarikat First Grade menjadikan syarikat tersebut sebagai contoh terbaik mengangkat industri halal ke peringkat antarabangsa.
“Jika dimajukan, saya yakin lebih banyak pelaburan serta peluang ekonomi akan berkembang di sini,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Perasmian Kilang First Grade Resources Sdn Bhd di Kampung Padang Penyangga, Junjong, Kulim.
Jelasnya lagi, kerajaan negeri akan membuat penilaian untuk melihat kesesuaian kawasan untuk dibangunkan sebagai hab industri yang bersesuaian.
“Semoga kejayaan syarikat ini akan turut menyumbang kepada kemajuan ekonomi negeri Kedah, sekaligus memberi manfaat kepada rakyat secara keseluruhannya,” ucapnya.
Post a Comment