12 UNIT LAMPU SOLAR DIPASANG DALAM DUN KUALA NERANG
Pemasangan lampu solar ini bertujuan meningkatkan keselamatan dan kemudahan penduduk setempat, khususnya di kawasan perkuburan dan kampung-kampung yang memerlukan pencahayaan tambahan.
Antara lokasi yang dipasang ialah Kubur Kuala Nerang sebanyak 2 biji, Kubur Kampung Padang Lalang sebiji, Kampung Pong Sungai Sari sebanyak 5 biji, Kampung Pasir Puteh dua biji, Kampung Perupok Kuala Pai sebiji dan sebiji lampu di Kampung Lubuk Labi.
Semoga dengan usaha ini dapat meningkatkan lagi keselamatan di kawasan-kawasan berkenaan.
Post a Comment