MAJLIS PENYERAHAN SUMBANGAN DAN BERBUKA PUASA DAERAH POKOK SENA
Seramai 150 penerima terdiri daripada guru al-Quran, mudim, jurumandi jenazah, bidan kampung, bomoh patah, penggali kubur, dan muallaf menerima sumbangan pada hari ini.
Penyerahan sumbangan diadakan di Masjid Al-Akhyar, Mukim Tualang, Pokok Sena.
Meskipun sumbangan yang diberikan tidak terlalu besar, namun ia merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri kepada insan-insan yang telah bertungkus lumus berkhidmat kepada masyarakat di peringkat kampung.
Turut hadir, Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah, Dato' Seri Norizan Khazali; Pegawai Kewangan Negeri, Dato' Haji Syed Khairol Anuar Syed Abidin; Exco Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia & Sukan, YB Radhi Mat Din; ADUN Bukit Lada, YB Ustaz Salim Mahmood; ADUN Bukit Pinang, YB Dato' Romani Wan Salin.
Semoga usaha kesukarelawanan ini terus subur di negeri Kedah serta dapat menyemai semangat kemasyarakatan dalam kalangan rakyat.
Post a Comment