ADUN Kupang, YB Brigedier Dato' Haji Najmi Haji Ahmad turun padang menyantuni rakyat dengan sumbangan juadah berbuka puasa, beras sejahtera, dan bakul makanan, semalam.
Alhamdulillah, empat keluarga di Kampung Guar Reban menerima bantuan, manakala beberapa keluarga lain disantuni oleh Ahli Parlimen Baling, YB Ustaz Hassan Saad.
Selesai agihan, Dato' Najmi memenuhi jemputan berbuka puasa di Masjid Al Ariffin Guar Reban bersama para jemaah dan rombongan Jabatan Pilihan Raya (JPrD) Kupang.
Kemeriahan berbuka puasa secara berjemaah bukan sahaja satu nikmat yang indah, tetapi juga menyemai kasih sayang serta ukhuwah sesama Muslim.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
Post a Comment