Header Ads

test



ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin, telah menyampaikan Sumbangan Beras Sejahtera kepada penerima terpilih di Surau Markas, Kg Masjid Baru, Naka.
Sebahagian besar penerima terdiri daripada golongan penoreh getah serta mereka yang kurang berkemampuan dan terkesan dengan keadaan ekonomi semasa.
Sumbangan ini diharapkan dapat meringankan beban mereka serta mencerminkan keprihatinan terhadap kebajikan masyarakat setempat.
Dalam kesempatan itu, YB Radzi turut berinteraksi dengan penduduk, bertanya khabar serta mendengar pandangan mereka mengenai pelbagai isu yang dihadapi.
Semoga usaha ini membawa manfaat serta keceriaan kepada penerima. Insya-Allah, inisiatif membantu golongan yang memerlukan akan terus dipergiatkan.
Turut hadir menyampaikan sumbangan ialah Ahli Parlimen Padang Terap, YB Ustaz Nurul Amin.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

 

Tiada ulasan