Header Ads

test

600 WANITA KEDAH SERTAI TADARUS PERDANA


ALOR SETAR -Seramai 600 wanita Kedah menyertai Majlis Wanita Bertadarus dan Khatam Al-Quran Tahun 2025 Negeri Kedah Darul Aman bertempat di Dewan Seri Mentaloon.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Negeri Kedah, YB Dato’ Hajjah Halimaton Shaadiah Saad berkata melalui program itu, bukan sahaja dapat menghidupkan budaya membaca dan memahami Al-Quran, tetapi juga dapat memperkukuh ukhuwah sesama wanita Islam di Negeri Kedah.
"Saya percaya, majlis ini mempunyai mesej yang jelas iaitu untuk mengajak kita semua sebagai hamba Allah untuk terus mendekatkan diri kepada Ilahi dan menghayati isi kandungan ayat-ayat suci Al-Quran di dalam bulan Ramadan yang mulia ini," ujar beliau ketika merasmikan program tersebut, hari ini.
Jelasnya, dalam kesibukan wanita memenuhi tuntutan kehidupan seharian sebagai seorang ibu, isteri, penjawat awam dan sebagainya jangan dilupakan tanggungjawab sebagai seorang muslim.
Tambahnya dengan adanya program seperti itu, diharapkan hubungan manusia sesama manusia dan hubungan manusia dengan Allah dapat diperbaiki untuk dijadikan sebagai tunjang kehidupan seharian.
"Saya yakin sekiranya kedua-dua hubungan ini diamalkan secara istiqomah, masyarakat akan hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni di samping dapat mencapai ukhuwah dan perpaduan ummah yang sejati.
"Marilah kita sama-sama merebut peluang dan ganjaran yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan melipat gandakan amal ibadah, semoga amalan yang kita lakukan sepanjang bulan Ramadan ini mendapat keberkatan dan keredaan-Nya," kata beliau lagi.

Tiada ulasan