Header Ads

test

𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐓𝐍𝐁 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇, 𝐁𝐈𝐍𝐂𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐒𝐈𝐀𝐏𝐀𝐍 𝐋𝐈𝐌𝐀 𝟐𝟎𝟐𝟓


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria menerima kunjungan daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) negeri Kedah di Wisma Darul Aman.
Dalam pertemuan tersebut, pihak TNB membentangkan pelan kontingensi mereka sebagai persediaan menghadapi Program Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) 2025, yang dijadual berlangsung pada 20 hingga 24 Mei 2025.
Perbincangan ini bertujuan memastikan kelancaran bekalan tenaga elektrik sepanjang acara berprestij itu, yang bakal menghimpunkan pemain industri pertahanan, maritim dan aeroangkasa dari dalam serta luar negara.
Jom pakat-pakat promosikan LIMA'25 sempena tahun melawat Kedah.

Tiada ulasan