Header Ads

test


 

Menteri Besar Kedah, YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi Md Nor menghadiri Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Daerah Kulim yang berlangsung di Masjid Jamek Nurussaadah, Taman Sejahtera, Lunas, Kulim.
Seramai 450 penerima di daerah Kulim telah menerima sumbangan tersebut, merangkumi DUN Lunas, Merbau Pulas dan Kulim Bandar Baharu.
Para penerima terdiri daripada guru-guru al-Quran, jurumandi jenazah, penggali kubur, bomoh patah dan bidan kampung.
Penyerahan sumbangan ini merupakan tanda penghargaan kerajaan negeri kepada para sukarelawan yang telah memberi khidmat bakti kepada masyarakat tanpa mengira waktu.
Usaha mereka bukan sahaja memberi manfaat kepada anggota masyarakat, tetapi juga memenuhi tuntutan fardu kifayah.
Turut hadir, ADUN Merbau Pulas, YB Dato’ Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali; ADUN Kulim, YB Wong Chia Zhen; ADUN Lunas, YB Khairul Anuar Ramli; Ahli Parlimen Padang Serai, YB Dato’ Azman Nasrudin; Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, YB Roslan Hashim; Pegawai Daerah Kulim, Tuan Haji Mohd Zaini Haji Ramli; Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kulim, Dato’ Elmi Yusoff.

Tiada ulasan