Header Ads

test


Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat menghadiri mesyuarat dan perbincangan mengenai Perkara serta Undang-Undang Keluarga Islam telah berjaya diadakan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah.
Mesyuarat itu telah dipengerusikan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Undang-Undang Keluarga Islam, Dr. Syeikh Hazizan Mat Desa dengan tujuan memperkukuhkan pemahaman serta pelaksanaan undang-undang keluarga Islam bagi memastikan kebajikan dan keadilan dalam institusi kekeluargaan terus terpelihara.
Diharapkan perbincangan ini dapat menghasilkan solusi yang lebih holistik dalam menangani isu-isu kekeluargaan, memperkemaskan sistem perundangan Islam, serta memberi manfaat kepada umat Islam di Negeri Kedah.
Semoga setiap usaha yang dilakukan menjadi asbab kebaikan dan keberkatan kepada masyarakat.

Tiada ulasan