Header Ads

test

SEMARAK AR-RAYYAN MENGIMARAHKAN BULAN RAMADAN


ALOR SETAR - Program Semarak Ar-Rayyan diadakan pada setiap kali bulan Ramadan di daerah terpilih dengan kerjasama NGO dan jawatankuasa masjid sebagai aktiviti bersama masyarakat.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Insan dan Pembasmian Kemiskinan, YB Dato Hajah Ustazah Siti Ashah Haji Ghazali berkata, program tersebut diisi dengan aktiviti yang bermanfaat terutamanya ceramah khas terjemahan ayat-ayat suci al-Quran.
"Tujuan utama program ini adalah lebih kepada memberi motivasi kepada masyarakat untuk menghidupkan dan mengimarahkan masjid sempena kehadiran bulan Ramadan dari golongan muda hingga dewasa," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam program Semarak Ar-Rayyan Perdana di Dewan Seri Mentaloon, di sini hari ini.
Jelasnya lagi, Sekreatariat Pembangunan Insan Negeri Kedah (SPIK) bukan sekadar mengadakan program itu, SPIK juga berjaya mencetak beberapa buku yang kini digunapakai oleh penceramah, pengkuliah dan sebagai bahan usrah.
Tambah beliau, sebanyak 13,000 naskah buku pertama iaitu 40 Hadis Pembangunan Insan sudah berjaya diedarkan.
Katanya, buku kedua ialah 40 Ayat-ayat al-Quran Pembangunan Insan dan yang terbaru 20 Kisah Wanita dalam al-Quran.
Beliau turut mengingatkan kepada para hadirin untuk memperbanyakkan amal ibadah di bulan Ramadan.
"Ramadan dilihat sebagai bulan yang sesuai diambil kesempatan yang sangat berharga untuk kita melakukan pembaharuan dalam diri, memperbaiki akhlak dan membangunkan insan yang lebih baik," katanya.

Tiada ulasan