MAJLIS BERBUKA PUASA BERSAMA SUKARELAWAN MASYARAKAT WUJUDKAN SEMANGAT KEKELUARGAAN
KOTA SETAR - Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan kepada Sukarelawan Masyarakat dapat merapatkan ukhuwah dan mewujudkan semangat kekeluargaan.
"Hari ini ramai rakyat yang terkesan dengan kenaikan harga barang, memahami situasi ini kerajaan negeri berusaha membantu sukarelawan masyarakat ini dengan sumbangan.
"Saya berharap program seumpama ini membawa manfaat besar kepada masyarakat selaras dengan hasrat Menteri Besar Kedah untuk menjadikan negeri Kedah tempat orang miskin berteduh, tempat orang kaya berbakti," ujar beliau dalam Majlis Berbuka Puasa dan Penyampaian Sumbangan Daerah Kota Setar di Masjid Jame' Al-Ehsan, Kampung Sungai Mati, Langgar.
Jelas beliau, khidmat sebagai sukarelawan masyarakat bukan mudah dan tidak menentu masa.
Tambah beliau, bukan semua orang sanggup untuk menjadi juru mandi jenazah, penggali kubur dan tidak ramai ada kelebihan menjadi guru al-Quran.
"Kematian berlaku tidak menentu masa dan mereka perlu bersedia sentiasa untuk memandikan jenazah, menggali kubur dan sebagainya.
"Demikian juga buat mualaf yang mengorbankan pegangan mereka untuk menikmati keindahan Islam." kata beliau.
Beliau berharap lebih ramai yang akan membantu para sukarelawan masyarakat ini dari semasa ke semasa.
Post a Comment