Header Ads

test


Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat menerima taklimat daripada Senior Manager, Program & Event, Noor Faiz Zulkiflie dan Senior Executive (STEM Education), Sam Low Zhi Qin dari Sasbadi Learning Solutions Sdn. Bhd.
Perbincangan ini berkisar tentang kerjasama dalam program pendidikan STEM dan robotik bagi memperkasa institusi pendidikan serta sekolah-sekolah agama di Negeri Kedah.
Turut hadir Syeikh Hasbullah Md Mukhtar yang merupakan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Pendidikan di Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah (JHEAIK).
Setakat ini, beberapa institusi seperti Maktab Mahmud Alor Setar, Maktab Tahfiz Sains Darul Aman, dan beberapa sekolah agama lain telah pon didedahkan dengan peralatan asas robotik serta telah menyertai beberapa pertandingan dalam bidang ini.
Matlamat YB Dato' Ustaz Mohd Azam adalah memastikan sekolah agama tidak ketinggalan dalam arus pendidikan nasional, seiring dengan perkembangan teknologi dan inovasi yang semakin pesat.

Tiada ulasan