Header Ads

test

MENYANTUNI MASYARAKAT: SUMBANGAN BERAS SEJAHTERA & BARANGAN MAKANAN DI KG KUALA TEKAI


ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin berkesempatan menyampaikan sumbangan Beras Sejahtera Kerajaan Negeri Kedah serta barangan makanan kepada penerima terpilih di Kampung Kuala Tekai yang memerlukan bantuan.
Turut hadir dalam program ini ialah Pegawai Khas MB Kedah, Ustaz Mohamad Azam, pihak PKWR Parlimen, serta sahabat-sahabat dari JPRD Pedu dan MKK Kuala Tekai yang sentiasa komited dalam menyantuni rakyat dan memastikan kebajikan mereka terbela.
YB Radzi akan terus berusaha membantu masyarakat dan memastikan setiap lapisan rakyat mendapat perhatian yang sewajarnya.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini.
Semoga sumbangan kecil ini dapat meringankan beban penerima serta membawa sedikit keceriaan kepada mereka yang memerlukan.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan