Header Ads

test

Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pengkalan Kundor, melalui Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Buloh Lima, Encik Hafizzuddin Noordin, telah menyampaikan sumbangan kepada Puan Che Romah, seorang pesakit kanser yang menetap di Kampung Buloh Lima.
Bantuan yang disalurkan merangkumi lampin pakai buang, susu, wang tunai, serta sumbangan Beras Sejahtera dan beg makanan bagi meringankan beban yang ditanggung.
Semoga sumbangan ini dapat memberi sedikit keselesaan dan membantu keperluan harian Puan Che Romah serta keluarganya.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan