PENGORBANAN GURU SMITI, SRITI DAN PASTI DISANTUNI
Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, meskipun terdapat jurang perbezaan gaji berbanding institusi lain, kecekalan dan pengorbanan mereka dalam mendidik anak-anak mengenal Islam menjadi asbab keberkatan terus mengalir dalam kehidupan mereka.
“Kebanyakan yang kekal di sekolah ini (SMITI, SRITI dan PASTI) saya rasa bukan kerana kewangan sahaja.
“Tetapi saya yakin mereka yang berada dalam dunia pendidikan ini, berkhidmat dengan pendapatan ala kadar, sekadar yang mampu disumbangkan oleh orang ramai dan ibu bapa adalah kerana ketenangan jiwa, kelapangan fikiran, keberkatan rezeki dan kebahagiaan yang dapat dikecapi yang tiada di tempat lain,” ujarnya.
Beliau berkata demikian sewaktu Majlis Penyampaian Sumbangan Wakalah Agihan Zakat kepada guru-guru SMITI, SRITI dan PASTI di Dewan Ukir Mall, Alor Setar.
Namun begitu, beliau turut menjelaskan bahawa pihak SMITI, SRITI dan PASTI tidak pernah memaksa para guru untuk terus kekal atau menyekat perkembangan kerjaya mereka, sebaliknya semua guru berkhidmat secara sukarela.
“Sesungguhnya sesiapa yang berada dalam dunia pendidikan di SMITI, SRITI dan PASTI ini hanya adalah insan-insan pilihan Tuhan,” katanya.
Post a Comment