Header Ads

test

Petang semalam, satu kebakaran telah memusnahkan tiga buah rumah kedai di tepi jalan Kampung Namput, berhampiran Kedai Jaya Puyuh.
Wan Faaizah Madali, seorang tukang jahit yang terkesan dalam kejadian itu, berkata:
“Kami sempat menyelamatkan beberapa pasang baju raya yang ditempah sahaja sebelum api marak dan memusnahkan semua kain serta mesin jahit kami."
Kharti Zawati Abu Aziz, pemilik salah sebuah kedai yang terbakar, turut meluahkan kesedihannya:
“Anak kami baru mula berniaga pada bulan Julai yang lalu. Bila jadi macam ni, kami takut dia patah semangat."
Pihak Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Bukit Pinang bersama Pegawai Khas Ahli Parlimen Pokok Sena, Haji Abdul Samad Saad telah menyampaikan sumbangan bencana kepada mangsa yang terlibat.
Sehingga kini, punca kebakaran masih belum dikenal pasti, dan mangsa sedang menunggu siasatan lanjut daripada pihak bomba.
Semoga Allah SWT memberikan ketabahan kepada keluarga yang terkesan serta melimpahkan rezeki bagi mereka meneruskan kehidupan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”

Tiada ulasan