Header Ads

test

EXCO KEBAJIKAN KEDAH SANTUNI PESAKIT TERLANTAR


JITRA - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan negeri Kedah, YB Dato’ Hajah Halimaton Shaadiah Saad menyantuni empat pesakit terlantar dalam daerah Kota Setar bagi menyerahkan Bantuan Sejahtera Pesakit Terlantar (BSPT).
Dua pesakit daripada DUN Anak Bukit adalah Siah Mahamood, 88 terlantar sakit akibat penyakit kulit kronik dan osteoporosis dan Samsiah Md Saad, 73 yang terlantar akibat strok.
Seterusnya dua pesakit dari DUN Bukit Pinang adalah Zaini Mokhtar, 61 merupakan pesakit kanser usus dan Muhammad Ezuan Razali, 44 terlantar akibat serangan strok.
"Harini kami sempat menziarahi empat pesakit terlantar.
"Alhamdulillah kedua-dua DUN telah kita santuni. Alhamdulillah kita dapat perkhabaran. Ada yang dapat katil daripada sumbangan Lembaga Zakat.
"Saya berterima kasih kepada agensi-agensi yang hadir pada hari ini membantu mereka yang terkesan,"ujarnya.
Turut hadir Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kedah, Dato' Zuhairi; ADUN Anak Bukit, YB Rashidi Razak dan ADUN Bukit Pinang, YB Dato' Romani Wan Salin, wakil Lembaga Zakat Negeri Kedah, Ustaz Hadi dan Majlis Agama Islam Negeri Kedah, Sheikh Suhaimi.

Tiada ulasan