Rangkuman program Menteri Besar Kedah, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md Nor bagi bulan Februari 2025.
Pada awal bulan, YAB MB Kedah hadir bermesyuarat di Kuala Lumpur bagi mengiringi Tuanku Sultan Kedah serta mesyuarat bersama para menteri.
Program diteruskan dengan penyampaian bantuan “Back To School” di beberapa daerah kepada murid yang layak.
Pada minggu seterusnya, beliau membuat lawatan ke tapak kediaman UniSHAMS dan memberi amanat tahun baru kepada pegawai UniSHAMS.
Beliau juga mengiringi Tuanku Sultan Kedah ke Majlis Penutup Tilawah & Hafazan Al-Quran Peringkat Negeri Kedah.
Selain mempengerusikan mesyuarat, beliau juga menerima kunjungan hormat dari agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Menteri Besar Kedah turut merasmikan pembukaan kilang baru, First Grade Resources Sdn Bhd dan merasmikan Majlis Penyerahan Blok Tambahan Maahad Tahfiz Sains Darul Aman di Kulim.
Seterusnya, beliau menyambut kedatangan YAB Perdana Menteri dan hadir ke Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri bersama pelajar Al-Bukhary University dan Majlis Peluncuran Projek Pembangunan Infrastruktur bagi menyokong program penanaman padi 5 musim dalam tempoh 2 tahun di kawasan MADA.
Post a Comment