Header Ads

test


Seramai 570 penerima di DUN Bukit Kayu Hitam menerima Sumbangan Beras Sejahtera Ihya Ramadhan yang disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Wanita, Keluarga & Masyarakat dan Perpaduan, YB Dato' Hajah Halimaton Saadiah Saad dalam satu majlis ringkas semalam.

Sumbangan ini disalurkan melalui kerjasama erat dengan Majlis Ketua-Ketua Kampung (MKK) bagi memastikan bantuan sampai kepada golongan yang memerlukan menjelang bulan Ramadan.
Dalam ucapannya, Dato’ Halimaton menzahirkan harapan agar sumbangan ini dapat meringankan beban penerima serta membantu mereka menyambut Ramadan dengan lebih tenang dan penuh kesyukuran.

Tiada ulasan