Header Ads

test

 

Sebanyak 160 sumbangan Beras Sejahtera Kerajaan Negeri Kedah bersama beg makanan telah disalurkan kepada penerima daripada empat kawasan, iaitu Kampung Selarong Panjang, Kampung Permatang Ibus, Kampung Padang Jambu, dan Taman Orkid.
Majlis penyampaian sumbangan ini berlangsung di Pasti Dato' Fadzil Noor, Selarong Panjang.
Majlis ini turut dihadiri oleh En. Suhaimi Abdullah, Pegawai Khas kepada Ahli Parlimen Kuala Kedah, serta Tn. Hj. Muhammad Riduan Othman, Ahli Majlis Bandaraya Alor Setar merangkap Pengarah JPrD Pengkalan Kundor.
Penghargaan turut diberikan kepada Pengerusi Majlis Ketua Kampung (MKK) Selarong Panjang, Pakteh Suferi Arshad, serta Pengerusi MKK Permatang Ibus, En. Shahrul Fizi Ramli, atas kerjasama mereka dalam menjayakan program ini.

"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan