Semalam telah selesai majlis penyerahan sumbangan Aidilfitri daripada Kerajaan Negeri Kedah kepada petugas khidmat masyarakat yang berlangsung di Masjid Batu 5.
Penyerahan sumbangan ini mencerminkan komitmen kerajaan negeri dalam mengiktiraf dan menghargai golongan sukarelawan yang telah berkhidmat tanpa mengira waktu.
Usaha mereka bukan sahaja memberi manfaat kepada masyarakat, tetapi juga memenuhi tuntutan fardu kifayah, memastikan keperluan ummah terus terjaga.
Semoga sumbangan ini dapat menceriakan sambutan Aidilfitri mereka dan menjadi penyuntik semangat untuk terus berbakti kepada masyarakat.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"
Post a Comment