Header Ads

test

RAKYAT PERLU SAMBUT BAIK USAHA THE GREATER KEDAH

YAN - Segala usaha untuk merealisasikan 'The Greater Kedah' oleh kerajaaan negeri Kedah di bawah kepimpinan YAB Dato' Seri Muhammad Sanusi memerlukan sokongan padu daripada rakyat.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Industri & Pelaburan, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi & Inovasi, YB Dr Haim Hilman Abdullah, usaha The Greater Kedah itu bukan untuk menunjukkan kesombongan tetapi untuk membuktikan Kedah boleh 'berdiri di atas kaki sendiri'.
"Gagasan The Greater Kedah diperkenalkan untuk memastikan Kedah kembali ke landasan kegemilangannya.
"Diilhamkan oleh KDYMM Sultan Kedah, ia bukan sekadar rancangan pembangunan tetapi satu wawasan jangka panjang yang merangkumi ekonomi, sosial, tadbir urus, perundangan dan pelbagai aspek lain yang penting," ujarnya di Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Daerah Yan di Masjid Al-Muhammadi, Qariah Pauh di sini.
Tambah beliau, dahulu negeri Kedah sekadar negeri pertanian, namun hari ini telah berubah lebih maju apabila banyak pelabur masuk untuk melabur.
Jelasnya lagi, pada tahun 2024, jumlah pelaburan di negeri Kedah mencatatkan sebanyak RM45.8 bilion, meletakkan Kedah di tangga keempat tertinggi dalam Malaysia.
"Pencapaian ini membuktikan bahawa Kedah terus maju sebagai destinasi utama pelaburan, selari dengan agenda The Greater Kedah untuk menjadikan negeri ini sebagai hab industri berteknologi tinggi di rantau ini," katanya.

Tiada ulasan