Seramai 100 penerima daripada kalangan anak yatim dan asnaf telah menerima Kotak Set Makanan Sumbangan Cahaya Ramadhan daripada Yayasan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pusat Khidmat Wakil Rakyat DUN Sungai Limau.
Program ini bukan sekadar menghulurkan bantuan, tetapi lebih kepada menyemai rasa kasih sayang dan kepedulian terhadap mereka yang memerlukan.
ADUN Sungai Limau, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata hasrat utama adalah setiap individu yang layak menerima bantuan dapat merasai kegembiraan Ramadan ini, sama ada melalui sumbangan daripada kerajaan negeri mahupun pelbagai pihak yang prihatin.
Ramadan bukan hanya tentang menahan lapar dan dahaga, tetapi juga menguatkan nilai-nilai kemanusiaan berkongsi rezeki, membantu mereka yang kurang bernasib baik, dan memastikan tiada siapa yang merasa terpinggir.
Semoga usaha seperti ini berterusan dan menjadikan Kedah sebagai negeri tempat orang susah berteduh dan orang kaya menabur bakti.
Post a Comment