Seramai 900 penduduk daerah Kuala Muda yang terdiri daripada guru al-Quran, bomoh patah, tukang gali kubur, jurumandi jenazah, bidan kampung serta mualaf menerima sumbangan dari Pejabat Menteri Besar Kedah petang ini.
Majlis penyampaian sumbangan ini disempurnakan oleh Pengerusi Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato’ Ustaz Mohd Azam Abd Samat di Masjid Al-Imam Al-Nawawi, Ambangan Height, Sungai Petani.
Hadir sama ADUN Bukit Selambau, YB Ustaz Azizan Hamzah, ADUN Tanjung Dawai, YB Ustaz Hanif Ghazali, Pegawai Daerah Kuala Muda, Azmin Zainol Abidin.
Post a Comment