TINJAUAN KEMUDAHAN SUKAN DI DERGA
ADUN Derga, YB Muhamad Amri Wahab, bersama Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah mengadakan lawatan ke Padang Bola Taman Nuri, Gelanggang Futsal Taman Nuri, dan Padang Bola Taman PKNK.
Lawatan ini bertujuan menilai keperluan baik pulih serta menaik taraf kemudahan sukan di kawasan berkenaan.
Usaha ini diharap dapat meningkatkan kualiti padang dan memberi manfaat kepada penduduk setempat, khususnya golongan belia yang aktif dalam kejohanan sukan.
“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”
Post a Comment