Header Ads

test

 


Selepas menghadiri pertemuan dengan pihak Masjid Al-Wahdatul Islamiah Taman Bersatu, ADUN Pengkalan Kundor, YB Mardhiyyah Johari, menziarahi Pakcik Jamil bin Md Isa yang tinggal berdekatan masjid.
Pakcik Jamil baru sahaja menjalani pembedahan kaki akibat penyakit kencing manis.
Beliau dimaklumkan oleh wakil masjid bahawa Pakcik Jamil memerlukan kerusi roda.
InshaAllah, Pusat Khidmat Wakil Rakyat (PKWR) DUN Pengkalan Kundor akan menghantar kerusi roda dalam kadar segera bagi memudahkan urusan beliau.
Sebagai tanda ingatan, sumbangan tunai turut disampaikan.

“Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua”


Tiada ulasan