Header Ads

test

ZIARAH KASIH RAMADAN: MENYANTUNI MASYARAKAT DI KG LUBUK MERBAU, PEDU

 

Hari ketiga program Ziarah Kasih Ramadan bersama ADUN Pedu, YB Mohd Radzi Md Amin diteruskan di Kg Lubuk Merbau, Pedu, bagi mengeratkan silaturahim dan menyemarakkan semangat kebersamaan dalam bulan penuh keberkatan ini.
Program dimulakan dengan menziarahi warga emas serta mereka yang uzur, disusuli dengan agihan bubur lambuk kepada penduduk setempat.
Beliau kemudiannya berbuka puasa bersama masyarakat di Surau Al Marbawi, Kg Lubuk Merbau, sebelum menunaikan solat tarawih di Surau Pokok Asam, Kuala Tekai.
Semoga inisiatif kecil ini membawa kebahagiaan dan keberkatan kepada semua.
Ramadan adalah bulan kasih sayang dan keprihatinan, dan YB Radzi akan terus menyantuni masyarakat Pedu.
"Kedah Sejahtera Nikmat Untuk Semua"

Tiada ulasan