Header Ads

test

𝐌𝐄𝐒𝐘𝐔𝐀𝐑𝐀𝐓 𝐁𝐄𝐑𝐒𝐀𝐌𝐀 𝐏𝐄𝐓𝐑𝐎𝐍𝐀𝐒 𝐆𝐀𝐒 𝐃𝐀𝐍 𝐆𝐀𝐒 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 𝐁𝐄𝐑𝐇𝐀𝐃 𝐁𝐄𝐑𝐊𝐄𝐍𝐀𝐀𝐍 𝐎𝐏𝐄𝐑𝐀𝐒𝐈 𝐆𝐀𝐒 𝐃𝐈 𝐊𝐄𝐃𝐀𝐇.


Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Sumber Asli, Bekalan Air, Sumber Air dan Alam Sekitar, YB Haji Mohamad Yusuf@Munir Haji Zakaria mempengerusikan Mesyuarat dan Taklimat bersama Petronas Gas Berhad dan Gas Malaysia Berhad yang membincangkan isu-isu berkaitan operasi gas di negeri Kedah, termasuk insiden pencerobohan di kawasan rizab paip gas.
Mesyuarat ini bertujuan memperkukuh kerjasama strategik antara kerajaan negeri Kedah dan syarikat-syarikat utiliti gas utama negara bagi merangka serta memperhalusi langkah-langkah keselamatan yang perlu dikuatkuasakan.
Inisiatif ini diambil sebagai respons proaktif susulan insiden letupan paip gas yang berlaku di Putra Heights beberapa bulan lalu, yang menimbulkan kebimbangan awam terhadap aspek keselamatan infrastruktur gas.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut ialah Pengarah BPEN, Junaidi Abd Rani @ Abdul Ghani; Penolong Pengarah BPEN, Farah Nabilah Mohammad Anuar serta wakil-wakil daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Utiliti Infra Darul Aman (UIDA).
Kerajaan negeri Kedah komited untuk memastikan keselamatan rakyat sentiasa diutamakan, khususnya dalam isu yang melibatkan kemudahan infrastruktur penting seperti sistem paip gas.

Tiada ulasan