Header Ads

test

35,000 ANAK MUDA BANJIRI SAU 13


ALOR SETAR - Seramai 35,000 anak muda dari seluruh Malaysia banjiri Santai Anak Utara 13 (SAU 13) yang diadakan di Perkarangan Stadium Daru Aman, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Keusahawanan, YB Dato' Haji Mohd Salleh Saidin berkata SAU 13 bukan sekadar perhimpunan sosial tetapi ianya memberi kesan besar dan signifikan kepada pembinaan komuniti anak muda.
Jelasnya melalui program itu, anak muda diasuh untuk bekerjasama dan bertukar pandangan untuk membina jaringan dan seterusnya menyalurkan tenaga ke arah yang positif.
"SAU 13 memberi kesan yang begitu besar terhadap pelancongan dan juga keusahawanan negeri Kedah dengan kehadiran 35,000 kehadiran.
"Secara tidak langsung ia membentuk satu promosi yang begitu berkesan kepada kejayaan kempen tahun melawat kedah 2025," ujar beliau dalam Majlis Perasmian Santai Anak Utara 13 di sini, hari ini.
Tambah beliau, sinergi antara pelancongan dan juga keusahawanan akan menjadi pemangkin utama kepada kelangsungan ekonomi negeri Kedah.
"Kepada anak muda, jadilah duta kecil kepada negeri Jelapang Padi dan negeri yang mempunyai gedung sejarah ini.
"Gunalah platform yang ada seperti Tiktok, Facebook, Instagram, YouTube untuk mempromosikan kehebatan, keistimewaan dan juga keunikan negeri Kedah ini kepada rakan-rakan," katanya.

Tiada ulasan