Header Ads

test

SUKDA PERSIAPKAN ATLET KE SUKMA


ALOR SETAR - Sukan Kedah Darul Aman (SUKDA) adalah bagi mencungkil bakat baru untuk diketengahkan sebagai atlet Kedah dalam Sukan Malaysia (SUKMA) dan seterusnya diserap sebagai atlet kebangsaan mewakili Malaysia.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kepenggunaan, Kos Sara Hidup, Belia Dan Sukan, YB Muhammad Radhi Md Din, SUKDA mula diperkenalkan dan dilaksanakan pada tahun 1993 dan kali terakhir adalah pada tahun 2016 iaitu edisi ke-6.
"Selain mencari bakat, penganjuran SUKDA ini bertujuan sebagai pencetus atau pemangkin kepada kegiatan dan aktiviti sukan diperingkat Daerah.
"Selain itu, ia juga bertujuan sebagai satu landasan Kerjasama antara agensi Kerajaan, persatuan sukan dan penggiat sukan diperingkat negeri dan daerah."
Beliau berkata demikian dalam Majlis Pelancaran Logo Sukan Kedah Ke-7 bertempat di Wisma Darul Aman di sini, hari ini.
Jelasnya, SUKDA akan dipertandingkan antara 12 daerah di negeri Kedah.
Katanya, setiap kontinjen daerah akan digerakkan melalui Pengerusi Majlis Sukan Daerah (Pegawai Daerah).
"6 acara sukan akan dipertanding dalam temasya SUKDA dan pemilihan sukan-sukan tersebut berdasarkan kajian serta perbincangan awal yang dilaksanakan oleh Majlis Sukan Negeri Kedah.
"Sukan dipilih merupakan sukan tumpuan yang dikenalpasti oleh Majlis Sukan Kedah yang mampu meraih banyak pungutan pingat emas untuk kontinjen Kedah pada temasya SUKMA," ujar beliau lagi.

Tiada ulasan