JELAJAH PENERANGAN KEDAH SEJAHTERA PLATFORM SAMPAIKAN DASAR KERAJAAN
Exco Pendidikan, Agama, Komunikasi dan Penerangan, YB Dato' Ustaz Mohd Azam Abd Samat berkata, kerajaan negeri sentiasa komited dalam memperjuangkan kebajikan rakyat, memacu pembangunan yang inklusif dan memastikan tiada golongan yang tercicir.
Tambahnya, segala dasar dan inisiatif sama ada dalam bidang ekonomi, pendidikan, kesihatan atau sosial perlu difahami oleh rakyat agar mereka dapat menikmati sepenuhnya manfaat yang disediakan.
"Kita tidak mahu maklumat hanya berlegar dalam media sosial yang belum tentu sahih.
"Sebaliknya, kita tampil ke lapangan, turun padang dan berjumpa sendiri dengan rakyat," ujarnya.
Beliau berkata demikian dalam Program Jelajah Penerangan Kedah Sejahtera Tahun 2025 Daerah Bandar Baharu bertempat di Dataran Bandar Baharu.
Menurut beliau lagi, di era teknologi landskap maklumat yang begitu pantas, komunikasi kerajaan mestilah bersifat dua hala, telus dan berkesan.
Jelasnya, penting peranan agensi-agensi penerangan, jabatan komunikasi, serta peranan semua pihak termasuk pemimpin tempatan dan masyarakat sivil dalam menjadi ejen penyampai maklumat.
"Banyak maklumat–maklumat yang tidak sahih tersebar ditelan bulat oleh masyarakat tanpa menyiasat terlebih dahulu kesahihannya," kata beliau.
Post a Comment